elextro STUDIO » 2009 » February
Feb 18

Majlis: MAJLIS Nikah l Sanding

Tarikh: 24 Disember 2008

Pasangan: Najmi & Nurul Aini

Tempat: Simpang 4, Kangkong, Kedah

Selamat pengantin baru kepada saudara Najmi dan isterinya. Senior saya dulu ni masa kat sekolah menengah dulu. Adik dia pun kawan saya juga dan seorang fotografer yang sedang berkembang maju gak.Ni adalah contoh rekaan ‘custom album’ 6×8 untuk pengantin ini. Tak leh tunjuk semua page custom kat sini..huhu.. SILA RUJUK GALERI UNTUK GAMBAR SETERUSNYA :)

Feb 16

Majlis: Pertunangan Firdaus & Siti Shahida

Tarikh: 27 Disember 2008

Tempat: Jalan Gunung Keriang, Kedah

Selamat bertunang saya ucapkan kepada kakak Shahida dan abang Firdaus. Semoga berpanjangan hingga ke jinjang pelamin.:D Walaupun bakal pengantin perempuan ni agak penat melayan rombongan meminang pihak lelaki, namun masih bersemangat untuk melakukan pengambaran outdoor. Outdoor tidak semestinya perlu ke tempat-tempat eksklusif, di depan rumah pun sudah memadai. Tetapi sekiranya ada peluang untuk melakukan pengambaran Outdoor di tempat yang lebih menarik, apa salahnya. :)

Feb 16

Majlis: Persandingan

Tarikh: 13 Disember

Tempat: Hutan Kampung

Outdoor: Kawasan Sawah Padi

Selamat pengantin baru kepada Syamil dan Fauziah. Semoga bahagia ke anak cucu hendaknya. Majlis yang berlansung dengan agak meriah ini terasa permai tatkala melihat permadangan sawah padi yang luas terbentang bagai lukisan. Rumah pengantin perempuan yang memang terletak betul-betul di hadapan sawah padi, memang membuatkan suasana menjadi indah ditambah kehadiran rakan-rakan yang bertandang dari jauh. Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada OP, saudara Aki dari picturesyndicate yang memberi peluang kepada saya. Semestinya ilmu dari beliau amat disanjungi. :)

Feb 16

Majlis: Persandingan Ramli & Iryani

Tarikh: 13 Disember 2008

Tempat: Tunjang Jitra

Outdoor: Persisiran Pantai Kuala Perlis

Tahniah kepada pasangan pengantin. Majlis yang berlansung agak sederhana tetapi meriah dengan kunjungan sanak-saudara yang datang. Pengambaran Outdoor dilakukan di persisiran pantai Kuala Perlis yang menggambarkan ketenangan kepada diri pasangan dan memberi ingatan yang mendalam hingga ke akhirnya. Tempat jatuh lagikan dikenang. Terima Kasih kepada saudara Ahmad Zaki yang memberi peluang kepada saya untuk TA bersamanya. Banyak yang dapat dipelajari darinya. Credit to him. All pictures coming soon..

Feb 16
Majlis Resepsi Faizal & Hidayah
icon1 | icon2 Resepsi | icon4 02 16th, 2009| icon3Comments Off

Majlis: MAJLIS RESEPSI

Tarikh: 29 November 2008

Pasangan: Faizal & Hidayah

Tempat: Dewan Guru, Alor Setar

Outdoor: Perkarangan Istana Anak Bukit.

Majlis ni diadakan di Dewan Guru yang terletak lebih kurang 5KM dari pusat bandar Alor Setar. Majlis ini turut dihadiri oleh Sultan dan Sultanah Kedah Darulaman.Daulat Tuanku. Baginda sudi mencemar duli bersama isteri kerana pengantin lelaki merupakan salah seorang pekerja baginda yang bertanggungjawab menjaga zoo di istana..Coming Soon..

Feb 6

Pihak kami mengalu-alukan kedatangan anda untuk mengunjungi website kami yang tidak seberapa ini. Di sini kami menyediakan pakej-pakej fotografi perkahwinan dan sewaktu dengannya. Keindahan, kemeriahan, kebanggaan, kecantikan, dan kebahagiaan anda di hari perkahwinan tidak akan bermakna jika hnya berlaku di depan mata dan diingat di dalam hati sahaja. Kami dari elextroart STUDIOEZ ingin mengajak anda menjadi ahli keluarga kami. Gambar-gambar yang kami ambil bukan sahaja akan diberikan kepada anda dalam bentuk album yang ekslusif dan bermutu serta dapat menjadi tatapan anda dan anak cucu, malah gambar-gambar wajah keceriaan anda akan kami abadikan juga di website rasmi ini untuk menjadi tatapan kepada mereka yang berada jauh dan tidak sempat mengunjungi anda. Jadilah warga elextroart STUDIOEZ sekarang. Hubungi kami sebelum terlambat!! :)