elextro STUDIO
May 25

Nantikan kemunculan seorang lagi bakal puteri di elextroart.com ni..(kak angkat aku nih…cewas..heh) Dia nak kawin 29 & 30 Mei ni…sapa yg xmalu mai la mkn nasik minyak kat umah dia..hehe…Outdoor akan diadakan kat persekitaran Gunung Keriang dan Muzium Padi, Kedah..harap hari xujan…so, kenala tunggu ye..da~ :D

Mohd Naim, Photographer
+6013-7001901
[YM id] imzat86
[flickr] http://www.flickr.com/photos/elextro/


Mohd Naim Shamsudin's Facebook Profile

May 6

****************************************

Majlis: Majlis Nikah l Sanding

Tarikh: 14 & 15 MAC 2009

Pasangan: Najwa & Hafiz

Tempat: Kg. Tunjong, Beseri, Perlis

Outdoor: Tasik Timah Tasoh

****************************************

Tahniah saya ucapkan kepada kak Najwa dan abang Hafiz yang telah selamat diijab kabulkan dan disandingkan di Kampung Tunjong, Beseri, Perlis….majlis yang sederhana tetapi BESTT….kadang-kadang bila tengok orang kawin ni..rasa best lak..rasa seronok lak…bilala giliran kita nak sampai ek…selalunya saya akan dengar lagu2 jiwang sebelum nak edit custom album..baru rasa FEELING skit…haha..tu style saya la..kalau x, rasa xlengkap lak….sambil buka lagu sambil nyanyi kuat2…sampai mengganggu gugat jiran tertangga..harharhar..enjoy ek…

Mohd Naim, Photographer
+6013-7001901
[YM id] imzat86
[flickr] http://www.flickr.com/photos/elextro/

May 6

Baru2 ni saya telah pun menJOINkan diri saya dengan geng2 photographer dari forum www.photoskool.net outing ke zoo negara ..memang menarik dan best dapat jumpa otai2 photographer dari pelbagai pelusuk daerah…hehe..tapi yang paling best..saya berpeluang untuk bergambar dengan idola saya iaitu saudara SAIFUL NANG dari geng candid syndrome..ni beberapa shoot dari saya..enjoy..

p/s: xbanyak sangat saya amik gambar..banyak jalan2 je..huhu

Mohd Naim, Photographer
+6013-7001901
[YM id] imzat86
[flickr] http://www.flickr.com/photos/elextro/


Mohd Naim Shamsudin's Facebook Profile

Apr 1

Assalamulalaikum.

Mari kita kita GELI dan GERUNKAN kan kepala kita dengan tgk gambar belalang ni..

haha..terasa kakinya merayap2 dalam otak kita..Begitu hebatnya CIPTAAN ALLAH yang ESA ni..gambar ini juga saya ambik dengan menggunakan teknik reverse lens..EnJoy

Mohd Naim, Photographer
+6013-7001901
[YM id] imzat86
[flickr] http://www.flickr.com/photos/elextro/

Mohd Naim Shamsudin's Facebook Profile

Mar 30

hye..hari ni kita berhenti kejap dari asyik tengok gambar pengantin k.. ubah angin skit..lagipun xda idea lagi untuk meneruskan editing untuk custom album ni..

Pagi tadi masa saya nak mandi..tiba2 adala sekor serangga ni hinggap kat atas tudung LISTERINE saya…tengok macam menarik je..so saya pun apa lagi…terus lari pi capai camera….sempat shoot beberapa gambar je sebelum serangga ni sedar dia sedang dipaparazikan..lepas dia sedar..dia terus terbang…

gambar serangga ni diambil dengan menggunakan teknik reverse lens..di mana saya mnggunakan kit lens 18-55 sahaja..dan saya reversekan lens tersebut..hanya 2 shoot je yang jadi sebab reverse ni perlukan sedikit kesabaran..tapi saya xsabar sangat…huhu..NJOYED….

Mar 5

Majlis: Majlis Nikah l Sanding

Tarikh: 12 Oktober 2008

Pasangan: Melor & Amin

Official Photografer untuk majlis ini adalah dari syarikat Aspirasifoto ent. Ke semua gambar-gambar di majlis nikah dan sanding bagi pasangan Melor dan Amin ini diambil oleh mereka. Kami di elextroart STUDIOEZ mengucapkan terima kasih kerana memberi kami keizinan untuk menyunting gambar ini tapi suntingan ini hanyalah sekadar SAMPLE sahaja. Credit to Aspirasifoto ent. Anda boleh lawati mereka di http://aspirasifoto.blogspot.com/.

Feb 18

Majlis: MAJLIS Nikah l Sanding

Tarikh: 24 Disember 2008

Pasangan: Najmi & Nurul Aini

Tempat: Simpang 4, Kangkong, Kedah

Selamat pengantin baru kepada saudara Najmi dan isterinya. Senior saya dulu ni masa kat sekolah menengah dulu. Adik dia pun kawan saya juga dan seorang fotografer yang sedang berkembang maju gak.Ni adalah contoh rekaan ‘custom album’ 6×8 untuk pengantin ini. Tak leh tunjuk semua page custom kat sini..huhu.. SILA RUJUK GALERI UNTUK GAMBAR SETERUSNYA :)

Feb 16

Majlis: Pertunangan Firdaus & Siti Shahida

Tarikh: 27 Disember 2008

Tempat: Jalan Gunung Keriang, Kedah

Selamat bertunang saya ucapkan kepada kakak Shahida dan abang Firdaus. Semoga berpanjangan hingga ke jinjang pelamin.:D Walaupun bakal pengantin perempuan ni agak penat melayan rombongan meminang pihak lelaki, namun masih bersemangat untuk melakukan pengambaran outdoor. Outdoor tidak semestinya perlu ke tempat-tempat eksklusif, di depan rumah pun sudah memadai. Tetapi sekiranya ada peluang untuk melakukan pengambaran Outdoor di tempat yang lebih menarik, apa salahnya. :)

Feb 16

Majlis: Persandingan

Tarikh: 13 Disember

Tempat: Hutan Kampung

Outdoor: Kawasan Sawah Padi

Selamat pengantin baru kepada Syamil dan Fauziah. Semoga bahagia ke anak cucu hendaknya. Majlis yang berlansung dengan agak meriah ini terasa permai tatkala melihat permadangan sawah padi yang luas terbentang bagai lukisan. Rumah pengantin perempuan yang memang terletak betul-betul di hadapan sawah padi, memang membuatkan suasana menjadi indah ditambah kehadiran rakan-rakan yang bertandang dari jauh. Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada OP, saudara Aki dari picturesyndicate yang memberi peluang kepada saya. Semestinya ilmu dari beliau amat disanjungi. :)

Feb 16

Majlis: Persandingan Ramli & Iryani

Tarikh: 13 Disember 2008

Tempat: Tunjang Jitra

Outdoor: Persisiran Pantai Kuala Perlis

Tahniah kepada pasangan pengantin. Majlis yang berlansung agak sederhana tetapi meriah dengan kunjungan sanak-saudara yang datang. Pengambaran Outdoor dilakukan di persisiran pantai Kuala Perlis yang menggambarkan ketenangan kepada diri pasangan dan memberi ingatan yang mendalam hingga ke akhirnya. Tempat jatuh lagikan dikenang. Terima Kasih kepada saudara Ahmad Zaki yang memberi peluang kepada saya untuk TA bersamanya. Banyak yang dapat dipelajari darinya. Credit to him. All pictures coming soon..

« Previous Entries Next Entries »